BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Pages

Wednesday, December 15, 2010

:: accept ::


I try my best to get into it
I did it
and I make it
but it is not like I plan
it is how Allah make it happened
in His way
Allay now best
I'll just follow the rhythm  



*Alhamdulillah, millions of people dreaming to get into it, but my name is on the list 

: kempunan ::

Di keheningan tengah hari...HAHA..bangun pun dah tengah hari, apakan daya..k..sambung balik cerita, aku dengan masih mamai dan mamun dikejut mak lang. So macam biasalah, bangun je dari tido aku tak madi lagi. 1st aku buat aku ke dapur dan selak tudung saji ushar-ushar apa ada bawah tuh. Hurmm..hari ni lauk tak best..

Dengan kecewanya aku berjalan penuh berlagu pilu balik ke bilik nak mandi...Akan tetapi dengan tiba-tiba ada benda hijau bujur-bujur mencuri pandangan aku...dan benda tersebut adalah........

tadaaaaa.....

Hehe...aku ternampak serangkai pelam muda atas meja makan. Lebih mengujakan lagi ada kuah rojak pulak kat tepi. Aku pun cepat-cepat pi mandi sambil dok berangan cicah pelam muda. Ngeee. habis ja mandi aku pun terus ke dapur. Tapi aku pikir balik takkan nak makan masam-masam ni terus. Aku pun cekik la nasik dulu.

Abes je nasik dua pinggan aku pi la amek pisau nak potong buah ni..Suddenly mak lang aku keloi..
"zalllll, jum pi tengok tok, da lewat dah ni" 
"sattt, zal nak makan pelam nii" jawab aku
 "satgi balik hang makan laa, lambat dah" kata mak lang
Dengan berlagu pilu lagi sekali terpaksa lah aku tinggal sat pelam ni dan pi hantar mak lang aku pi spital jaga tok aku...


2 jam kemudian............


Sesudah pulang dari spital aku pun dengan hati yang gumbira melangkah masuk rumah untuk mendapatkan pelam terchenta. Akan tetapi........

"tim kaiiiiiiiiiii???!!!!!
"Whyyyyyyyy???!!
"Kenapaaa??!!!"

Hanya tangkal, daun, dan biji pelam saja yang bersepah ditepi sinki. Kuah rojak pun licin...


isk..isk..

Kempunan habes aku time tuh. Aku tengok kat depan adik-adik aku dok tertawa riang ria ja. Aku pun tanya.

 " ni semua sapa punya angkara makan sampai habes tak tinggal kat aku sikit pun??" 
"   
err..dia...dia..." jawab budak-budak sengal tuh.
dengan rasa tekanannya aku lari masuk bilik hentak-hentak kaki atas katil nanges-nanges..HAHA..
takpa....besok aku beli pelam makan sorang tak maw share ngan depa...HAIZZ punya budak-budak..


*mengalahkan pompuan ngidam ja aku neyh..ngeee







Tuesday, December 14, 2010

:: 'sigh' ::


" dengan tiba-tiba aku berada dalam kesulitan "



" jalan terbaik untuk keluar dari kesulitan ialah menghadapi dan mengatasi kesulitan itu "








Sunday, December 12, 2010

:: worried ::

Hanya Padamu Ku pohon

10.12.10 suppose to be hari yang menggumbirakan becoz keputusan praktikal dah kuar. dan memang sepatutnya aku happy dengan keputusan baik. belum sempat nak happy-happy tiba-tiba nenek aku atau yang slama ni aku panggil 'Tok', jatuh sakit. Skang ni kena tahan kad wad Hospital Bukit Mertajam sminggu becoz lemah jantung dan paru-paru. Dengar ja  berita tuh aku jadi speechless. Luaran memanglah jejaka muda ni masih menunjukkan reaksi yang slumber. Tapi dalam hati Allah saja yang tahu. 


*She's one of my spirit 

Saturday, December 4, 2010

:: no idea ::

en. maikel

Berkenaan photo kat atas ni, beliau memang kena mengena dengan apa yang aku nak coretkan. Nama beliaw Maikel. Aku jumpa Maikel ni time aku serabut memikirkan idea untuk aku update blog hijau aku nih. 
Oleh kerana muka beliau juga seperti sedang buntu memikirkan sesuatu sepertimana aku pikir nak update blog, so dengan suka hati dan gumbira aku copy, paste dan edit photo beliau untuk aku sematkan kan dalam blog yang da brapa lama aku tak update. 

Secara tak sengaja Maikel ni dah jadi satu idea. Hehe..ok la kan daripada aku tataw nak tulis apa langsung. Jadi secara rasminya mulai hari ni Maikel adalah icon Thinker aku. 

Lupakan Maikel sat. Biaq dia pikiaq sampai cacat....Actually aku da lama tak update blog bukan pasai pa. Bagi aku blog ni adalah ruang untuk aku kongsikan story-mory yang menarik dan juga enak dibaca sapa-sapa. Oleh kerana da lama aku tak da cerita menarik nak kongsi maka senyap sunyi lah blog terchenta ni. Akan tetapi Maikel muncul dalam hidop aku dan mengubah segala-galanya..HARHAR...tolong jangan ambil seyes dengan kenyataan tersebut. Maikel hanyalah suatu persinggahan. 

Oleh yang demikian, bila nanti aku da ada idea dan story yang aku rasa best for sure aku akan update kat sini.


*CAUTION!! Jangan tenung lama2 mata Maikel nanti jadi buntu cam dia gak..

Tuesday, November 2, 2010

:: tamat.sedih.bebas.tunggu ::

Bajet model, tapi ada orang puji.ngee

Entry kali ni mengisahkan tentang aku yang dah tamat pengajian selam 3 tahun kat UiTM Penang di bawah jurusan Pengurusan Hotel dan Pelancongan. Actually tak Grad secara rasmi lagi tapi bagi aku segalanya sudah berakhir dengan sempurna. Alhamdulillah. Dan aku adalah anak yang pertama bakal membawa pulang Diploma untuk dipersembahkan pada En.Bapak & Mak Encik. Diorang ni lah pemberi semangat, pemberi kasih sayang, pemberi moto baru, pemberi kebebasan aku memilih jalan hidup, pemberi duit saku walaupun aku amek PTPTN.ehehe. Syukur juga pada Maha Pemberi.
Farewell

Ni yang tak best nak cita ni. Disebalik kegembiraan aku menamatkan pengajian Diploma aku ada gak yang sadis-sadis. Paling sadis aku terpaksa mengucapkan selamat tinggal pada suma kawan-kawan yang aku kenal selama 3 tahun. Kami da macam adik beradik kot. Ngan dorang la aku study, ngan dorang la aku blaja men Poker(tak main duit taw,haram), ngan dorang la aku himpun tiket-tiket GSC, ngan dorang la aku karoke sampai merdu(ehehe), ngan dorang la aku men futsal, ngan dorang la aku shisha, ngan dorang gak la susah senang gelak,ketawa,mengutuk,menyakat. Dowang ni jugak la aku belajar anggap kawan macam adik abang. Dorang da pegi ni agak terkilan la jugak. Tapi takpa. Aku akan jumpa balik dorang time degree. Insyaallah.

Haa..ada gi satu benda sedih. Umah sewa yang aku dok selama 3 tahun lebey. Aku sayang nak pindah sebenarnya. Tapi apakan daya. Takkan nak menyewa sorang-sorang. Isk..bilik tuh aku study, solat, tidoq, mengumpat, macam-macam lagi la. Ada poster Torres kat dinding. Biaq la dia kat situ. Arap-arap penyewa pasni jaga baik-baik umah tuh ngan Torres skali.
Mancing sampai abes ikan dalam sungai.

Lupakan kesedihan kat atas tuh. La ni assignment tadak, kelas tadak, kerja pun tak. Apa lagi, aku nak pi lepas gian. Aritu walaupun mancing dapat banyak ikan tapi hati tak tenang dok pikir report la presentation la. La da bebas aku nak pi mancing sampai meluat.ngee.
penantian satu penyeksaan

Urmm..walau camna pun aku kena tunggu dulu keputusan latihan industri aku bulan 12 ni. Mana taw kali ni dapat 3.5 above. Yang paling penting skali keputusan permohonan sambung belajaq ke peringkat Ijazah. Aku nak cuba bidang lain pulak. Kalau dapat, pecah rekod keluarga lagi aku ni.ehehe. Insyaallah.

* SEGALANYA BARU BERMULA

Monday, October 11, 2010

: report.tangguh.malas.sempit ::

Yang saya hormati tuan pengurus besar iaitu saya sendiri, yang saya kasihi tuan penasihat, yang saya kasihi jugak cik setiausaha saya. Duduknya saya di sini adalah kerana saya nak cerita pasal betapa malasnya saya nak tulis report. Adoii..
Update blog bley pulak. Tak paham betol. 

Tapi itulah hakikatnya. Benda yang kita tak minat bagi secebis pun kita tangguh. Kalau benda yang minat bagi la banyak mana pun, musti pulun punya. Ngee. 

Tak lama lagi report da nk kena submit, aku baru dok terhegeh-hegeh dekat introduction lagi. Bila nak wat report ja time tu la membe ajak kuar, time tu la cita best-best kuar kat tv, time tu la tenet laju(tu psl la update blog ni). Asyik dok tangguh ja. Padahal time tadak apa nak buat dulu tv asyik dok ulang cita endon ja, membe suma busy, tenet macam siput Haizz.

Lagi satu. Makin hari duit makin habis.Bukan makin lagi tapi da memang habis pun. Nak kuar pi mana-mana ja "mamaaaa, bak sploh hengget". Dua tiga kali memang la dia bagi. Lama-lama dapat habuan la aku. Haizz. Nak p keja pun tak leh lagi. Moga-moga besok Allah S.W.T. bukakan hati aku bagi jadi rajin sikit habiskan report ni. Baru la rasa freedom sikit.

*perut pun da semakin tegap(naik),makan tidoq ja keja

Monday, October 4, 2010

:: frustrated ::


need cure 
need spaces
need victory
need to erase bad memory
need joy

Sunday, September 26, 2010

:: leave Penang for a while ::


to see my bro's & sis
have a new idea in the new places
rest my mind
shopping
meet her if I can

*Penang, I'll be back

Saturday, September 25, 2010

:: night ryder in Penang ::

night Ryder

Entry kali ni mengisahkan dua orang jejaka yang niat dorang ni nak pi mencekik siput belitong a.k.a. siput seduts .  Akan tetapi kedai yang menjual makanan tersebut tutup dengan tak semena-mena. Jadi dengan rasa kecewa, hampa, dan luluh hati, dua jejaka ni pun ambil keputusan untuk mencekik Nasi Beriyani Kapitan.

Habis saja mencekik dan emosi pun da stabil, dua jejaka ni rasa nak pi round Padang Kota layan corner. HAHA.

Menara Jam Padang Kota Lama

Sedang dua jejaka tuh sibuk melayan corner 
tiba-tiba dorang terserempak ngan menatang nih.
Dan ini yang terjadi
|
|
|
|
|
En. Jeff

En. Fizal  

Tengok balik kedua-dua photo kat atas tuh. Photo yang 1st tuh tak gelap coz camera tak kuar flash. 2nd photo ada flash. En. Fizal sangat tak berpuas hati coz flash camera pun boleh detect kegelapan kulit seseorang. HAHA

Lupakan pasal flash camera yang racist tuh. Dua jejaka ni pun meneruskan pelayanan corner dorang then jumpa pulak bangunan ni. Nampak cambest kalau snap photo bangunan bersejarah ni memalam.


Wisma Kastam


Lagi Wisma Kastam


Habis ja merempit kat Padang Kota Lama tuh. Minyak motor pun dah kering. Singgah  boh minyak pulak. Kang ada yang kena tolak motor lak malam-malam buta ni. Singgah kedai minyak pun nak snap.
HAHA
|
|
|
Nice Hairstyle
Ngeee.

Penat sudah dok ronda-ronda Penang. Makan nasik pun dah, makan angin pun dah. Rasa nak pi makan Western Pulak 
kat seberang. HAHA. Tak reti kenyang.

Nak kena travel atas Penang Bridge pulak. Dalam mas nak travel tuh pun nak jugak snap.


Balik Time

*Malam diorang ni kuar  diorang kena 3 Road Blocks.Oleh kerana diorang ni berlesen dan kondisi moto yang sempurna, 3 Road Blocks pun tak da hal. Sepatutnya diorang ni snap photo En. Polis sekali. HAHA
*Moral of the story : Nak naik moto kena ada lesen & road tax & kecekapan menunggang.


Wednesday, September 22, 2010

:: penganggur berjaya ::





Diploma Pengurusan Pengangguran


HAHA..kan best kalau ada course ni. Baru la kena dengan apa yang aku buat skang ni. Adoyaii. Baru dua tiga hari abes praktikal da rasa bosan. Padahal masa praktikal dulu bukan main tak sabar nak habis. Masa praktikal dulu hari-hari berdoa supaya masa berlalu cepat. Ternyata doa tersebut termakbul. Alhamdulillah.

 Kerja-kerja part time dah pun aku apply dan jawapannya "urmm, nanti kalau ada apa-apa kami akan call En. ok.". Semua tempat pun bagi jawapan yang sama. Cuba lah bagi feedback yang menggembirakan, contohnya "bila En. boleh mula kerja?" ataupun "Ya, kami memang cari orang macam En.". HAHA. baru la berbunga-bunga sikit hati gebu aku ni. En. Bapak kat umah tu bukan boleh tengok aku goyang kaki tak buat apa. Beliau tuh bukan boleh tengok anak-anak dia malas. Nanti segala estet-estet, ladang-ladang, harta dalam dan luar negara suma dia bagi kat orang lain. HAHA.


*bekerja cari harta kat mak bapak, bukan kerja mengais harta mak bapak











Monday, September 20, 2010

:: home since 1998 ::

hehe...No.5767 Kampung Haji Hussain

Sebenanya umah aku ni baru saja dicat. Maklumlah raya. So En. Bapak dan Mak Encik  aku cadang maw cat umah dan aku yang cadangkan kaler ungu + putih. Nice kan?HAHA. sendiri puji.

 

Pintu masuk utama

En. Bapak ngan kitorang anak beranak yang tambak kawasan depan tuh bagi tinggi. Dulu-dulu selalu banjir.
Bahagian Depan

Dulu kawasan ni parking keta, then En. Bapak renovate umah so jadilah seolah-olah ruang tamu yang baru. Padahal dalam tuh tempat parking moto aku. HAHA.
Pintu Utama

Lawa dak umah yang baru dicat ni?ngee...diilhamkan oleh En. Fizal

Perkarangan Rumah

Nampak tak ada buaian kat situ? haa. yang tu En. Bapak & Sons la yang buat tuh. Petang-petang kami anak beranak dok lenjan buaian tuh. Kekadang ada gak bebudak ingat sini play ground then datang main selalu. Selalu gak aku halau. muaHAHA..

Daun pokok betik yang basah.ngee

* nak kena explain gak ka?


Kebun Ulam En. Bapak

En. Bapak & Sons memang sangat gemar akan ulam-ulaman ni.  Makan nasik tak da ulam seumpama pakai baju tak pakai seluar. HAHA. Oleh yang demikian En. Bapak usahakan satu kebun ulam. Macam-macam ada. Jiran-jiran pun kekadang datang petik. Yang petik tak bagitaw pun ada. Nak raya baru bagitaw dulu-dulu ada terpetik ulam Raja. HAHA

Pepokok bunga En. Bapak & Mak Encik

En. Bapak & Mak Encik ni suka kat pokok-pokok bunga. Penuh satu umah ngan pokok-pokok bunga dorang. Kekadang umah da tadak tempat nal letak pokok umah jiran pun dorang pi tanam. Umah jiran pun cantik gak sebab kerajinan dua pasangan romantis ni buat kerja. Dorang ni petang-petang kuar la kawad satu umah cek pokok bunga dorang.




Lagi pokok bunga


Jalan tepi rumah

Kemeriahan pepokok bunga tepi-tepi jalan ni pun atas usaha En. Bapak & Mak Encik.



Pokok Jambu Bertih

Petang-petang sapa tingin nak cicah buah ni ngan kuah rojak boleh la mai rumah. yang bestnya pokok buah ni tak henti-henti berbuah. Sampai tak larat nak makan. Tapi sedap buah dia.


Tengok berapa punya lebat buah dia


Mak Encik Tersayang (Mama)

Mak Encik korang ni tersenyum simpul ja coz baru lepas mencicah jambu ngan kuah rojak. HAHA. best beb petang-petang cicah buah. Dulu ada pokok pelam lagi best. Skang pokok pelam suma da kena pancung coz terlalu tinggi dan En. Bapak takot timpa umah bila da reput nanti.


Merah

Alang-alang menatang ni da ada sekali Snap je la photo dia coz bukan senang dia nak dok diam-diam. HAHA. k tuk pengetahuan y'all ni la kucing kesayangan aku  yang berumur 2 tahun. Kalau bela anak pun da boleh belari da.


* All credits to my NOKI X6 coz suma photo di snap oleh beliaw.ngee


Sunday, September 19, 2010

:: the best beriyani ever ::

Nasi Beriyani Kambing Restoran Kapitan

Foto yang menaikkan selera aku walaupun aku da bedal nasi ni siang tadi. Hurmm...Balik ja dari kerja terus dengan rasa yakinnya aku melangkah ke restoran Kapitan dengan niat nak makan nasik kandaq. Akan tetapi meja sebelah memperlihatkan nasi beriyani yang sangat menawan warna kuning dan dagingnya yang berminyak. Lalu aku pun tukar plan dan akupun order lah satu set beriyani kambing dengan barli ais.






15 kemudian........







ngee


HAHA..maka inilah yang terjadi. Gelojoh betoi siap da colek gigi lagi. Alhamdulillah. Makan tengah ari yang bernilai 
RM 9.20 = briyani kambing RM8 + RM 1.2 barli ais = berbaloi-baloi.

*sikit ari lagi aku la pulak jadi hos Rancangan Jalan-jalan Cari Makan 












Saturday, September 18, 2010

:: freedom ::

bebas

Tepat jam 13.00 waktu tempatan dan buat kali terakhir aku punch card kat Hotel Equatorial, maka berakhirlah penantian selama 4 bulan yang penuh pahit manis masam kelat kat otel berkenaan. Memang rasa sronok sangat dan aku sangat menghargai segala jasa dan tunjuk ajar para sahabat yang bekerja dalam hotel tu. Thumbs up. 

*It's time tu gain money bebeh..haha...
maw kerja part time. ngeee...

Thursday, September 16, 2010

:: once upon a time in Kampachi ::


The Kampachi Japanese Restaurant

Assalamualaikum dan salam sejahtera..aiceh macam pembaca berita lak. By the way da lama aku tak post entry baru coz sibuk beraya dan sibuk menghabiskan sesi latihan industri kat hotel eQuatorial. So entry kali ni adala pasal restoran makanan jepun yang ada kat hotel aku buat praktikal ni. Restoran ni adalah salah satu daripada lima restoran yang terdapat kat Hotel Equatorial Penang dan ianya juga pernah dianugerahkan sebagai Restoran Terbaik Malaysia. Jadi sebelum y'all berebut-rebut nak p makan kat restoran ni meyh aku bawak korang jalan-jalan dalam restoran ni sambil explain kat korang pasal restoran ni.


Dining Area


'Kampachi' ni adalah perkataan dalam bahasa Jepun yang bermaksud sejenis ikan. Ikan apa ntah., lupa da..haha..aku kongsi apa yang taw saja k. Restoran ni da beroperasi selama 20 tahun. Bermakna sama umur dengan hotel ni yang dibuka pada 1989 dan juga sama umur ngan aku yang lahir pada tahun tersebut. ngeee. Restoran ni memang mengikut tradisi Jepun yang original. Dari segi menyambut tetamu, cara diorang 'serve' pelanggan, jenis makanan dan pelbagai lagi memang diorang ni ikut cara tradisional orang Jepun. Jadi tak hairanlah kalau restoran ni ramai pelanggan warga Jepun yang datang makan sebab diorang rasa macam makan kat negara diorang dan juga mengikut selera diorang.



V.I.P. Room


Bilik berkenaan adalah bilik khas yang disediakan untuk V.I.P. yang datang makan kat restoran ni.  Contoh-contoh V.I.P. yang akan duduk dalam bilik ni ialah Dato', Menteri, Sultan, Agong, dan sapa-sapa lagi yang penting dalam negara ni. Bilik ni memberikan 'privacy' kepada pelanggan, so sebab tu la orang-orang besar ni suka dok dalam bilik ni. Pelanggan biasa pun boleh nak dok dalam bilik ni tapi kena tengok pada keadaan lah, kalau tak dak V.I.P. yang nak datang ari tu bolehlah pelanngan biasa dok. Pelanggan biasa pun kadang-kadang nak gak 'privacy'.


Smoking Area

Kampachi juga menyediakan kawasan bagi pelanggan yang merokok. So bila dorang wat camni tak da la perokok dan juga bukan perokok duduk makan dalam kawasan yang sama dan boleh menggangu  pelanggan yang lain. Kita pun sedia maklum yang para perokok ni paling suka merokok sewaktu lepas makan. Jadi kat kawasan ni diorang boleh merokok dengan selesa.

Sushi Counter

Yang ni pulak sushi counter. Bagi sapa-sapa yang nak makan sushi  yang fresh dibuat depan korang, haa kat sini la tempat yang sesuai. Kat sini Chef atau Cook yang bertugas akan buat sushi depan-depan pelanggan kat sini. Jadi sambil kita makan kita boleh la tengok Chef buat sushi depan kita dan dihidang terus dari situ. Kita order apa jenis sushi yang kita nak, then Chef akan buat ikut permintaan kita, tapi di pun buat apa yang ada kat situ la. Jangan dok order 'car kuey teow' lak kat dia.ngee.

Teppanyaki Station


'Teppan' bermaksud dapur kat situ yang besi macam tempat masak burger tu, dan 'yaki' bermaksud grill. Kat sini pelanggan boleh duduk makan kat situ dan Chef atau Cook akan masak depan-depan diorang dan terus hidang panas-panas kat atas pinggan. Sambil kita makan kita boleh la berhibur tengok Chef masak kat depan kita. Bukan calang-calang Chef yang ditugaskan untuk masak kat sini. Hanya diorang yang terpilih saja boleh masak kat situ dan diorang yang terpilih tu sangatlah berbakat dan boleh buat pelanggan terhibur. Pada sapa yang ada resdung tak payah la dok sini coz nanti pedih idong bila Chef tumis makanan.



Tatami Room

Tatami room ni bagi aku tempat yang paling buat kita rasa suasana macam kat Jepun. Bilik ni macam bilik Nobita. haha b'coz dia punya rekaan dan pintu bilik ni pun macam pintu bilik Nobita. Ok. bilik ni disediakan untuk pelanggan yang nak makan duduk bersila atau ikut cara orang Jepun duduk. So nak masuk kena bukak kasut dulu la dan pakai selipar yang disediakan.  Bilik ni terhad kepada dua bilik saja, jadi kena buat booking dulu sebelum datang. Pelayan yang nak kena 'serve' pun kena duduk sama-sama dengan pelanggan. Itu cara orang Jepun tradisional. Bagi aku ini adalah sesuatu yang baru untuk aku tahu dan agak teruja dapat masuk bilik Nobita && bilik ni jugak nampaknya selesa untuk tidur sewaktu bekerja dan sangat selamat daripada kantoi ..ngee.. 



Sake & Sochu

'Sake' dan 'sochu' ni adalah arak Jepun yang diperbuat daripada bijirin dan buah-buahan. Restoran ni memang menyediakan pelbagai jenis 'sake' dan 'sochu' untuk pelanggan diorang. Beza 'sake' dengan arak biasa ialah sake boleh dihidang panas dan sejuk. Yang y'all tengok botol banyak-banyak dalam almari tu adalah 'sake' pelanggan yang pernah datang sini. Diorang order then diorang minum tak abes so 'sake' diorang akan disimpan dalam almari ni dengan nama dorang tertera kat botol tersebut. Mana la taw bila-bila dorang datang balik, so diorang boleh minum balik sake diorang ni. 

*Jadi cukuplah sekadar kita dapat pengetahuan pasal benda ni dan jangan kita dok p cuba pulak. Dosa besar beb. 



assorted food 

Antara makanan yang disediakan kat restoran ni. Nampak cambest kan. Tapi bukan suma boleh makan. Ada yang tarok 'sake'. So, photo ni hanya untuk tatapan y'all saja. Kalau tingin gak nak makan masak sendiri bagi nampak macam makanan tu.ngee..



kimono

Haa..yang dua orang kat atas tuh waitress yang berkerja kat restoran ni. Pakaian yang diorang pakai tuh nama dia 'kimono'. Nampak macam merimaskan. haha..'rimas mata melihat rimas lagi si pemakai'. Tapi nak wat cana, demi mengikuti tradisi Jepun dan inilah salah satu simbol yang membuatkan restoran ni jadi menarik. 



my last day at Kampachi

Tadi kita da tengok waitress punya dress kan, haa yang ni waiter punya dress plak. Amacam? Cam samurai dak. Haha. Baju yang sangat simple berbanding waitress. Botol yang dipegang oleh jejaka dalam photo tersebut adalah 'sake'. Dia posing ja tu. Botol kosong. 

* Kampachi adalah salah satu outlet yang aku paling seronok bekerja coz tak da tekanan dan suma orang sangat friendly. So 3 minggu training dekat Kampachi memang sangat berbaloi. Thumbs up.