BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Pages

Sunday, September 26, 2010

:: leave Penang for a while ::


to see my bro's & sis
have a new idea in the new places
rest my mind
shopping
meet her if I can

*Penang, I'll be back

Saturday, September 25, 2010

:: night ryder in Penang ::

night Ryder

Entry kali ni mengisahkan dua orang jejaka yang niat dorang ni nak pi mencekik siput belitong a.k.a. siput seduts .  Akan tetapi kedai yang menjual makanan tersebut tutup dengan tak semena-mena. Jadi dengan rasa kecewa, hampa, dan luluh hati, dua jejaka ni pun ambil keputusan untuk mencekik Nasi Beriyani Kapitan.

Habis saja mencekik dan emosi pun da stabil, dua jejaka ni rasa nak pi round Padang Kota layan corner. HAHA.

Menara Jam Padang Kota Lama

Sedang dua jejaka tuh sibuk melayan corner 
tiba-tiba dorang terserempak ngan menatang nih.
Dan ini yang terjadi
|
|
|
|
|
En. Jeff

En. Fizal  

Tengok balik kedua-dua photo kat atas tuh. Photo yang 1st tuh tak gelap coz camera tak kuar flash. 2nd photo ada flash. En. Fizal sangat tak berpuas hati coz flash camera pun boleh detect kegelapan kulit seseorang. HAHA

Lupakan pasal flash camera yang racist tuh. Dua jejaka ni pun meneruskan pelayanan corner dorang then jumpa pulak bangunan ni. Nampak cambest kalau snap photo bangunan bersejarah ni memalam.


Wisma Kastam


Lagi Wisma Kastam


Habis ja merempit kat Padang Kota Lama tuh. Minyak motor pun dah kering. Singgah  boh minyak pulak. Kang ada yang kena tolak motor lak malam-malam buta ni. Singgah kedai minyak pun nak snap.
HAHA
|
|
|
Nice Hairstyle
Ngeee.

Penat sudah dok ronda-ronda Penang. Makan nasik pun dah, makan angin pun dah. Rasa nak pi makan Western Pulak 
kat seberang. HAHA. Tak reti kenyang.

Nak kena travel atas Penang Bridge pulak. Dalam mas nak travel tuh pun nak jugak snap.


Balik Time

*Malam diorang ni kuar  diorang kena 3 Road Blocks.Oleh kerana diorang ni berlesen dan kondisi moto yang sempurna, 3 Road Blocks pun tak da hal. Sepatutnya diorang ni snap photo En. Polis sekali. HAHA
*Moral of the story : Nak naik moto kena ada lesen & road tax & kecekapan menunggang.


Wednesday, September 22, 2010

:: penganggur berjaya ::





Diploma Pengurusan Pengangguran


HAHA..kan best kalau ada course ni. Baru la kena dengan apa yang aku buat skang ni. Adoyaii. Baru dua tiga hari abes praktikal da rasa bosan. Padahal masa praktikal dulu bukan main tak sabar nak habis. Masa praktikal dulu hari-hari berdoa supaya masa berlalu cepat. Ternyata doa tersebut termakbul. Alhamdulillah.

 Kerja-kerja part time dah pun aku apply dan jawapannya "urmm, nanti kalau ada apa-apa kami akan call En. ok.". Semua tempat pun bagi jawapan yang sama. Cuba lah bagi feedback yang menggembirakan, contohnya "bila En. boleh mula kerja?" ataupun "Ya, kami memang cari orang macam En.". HAHA. baru la berbunga-bunga sikit hati gebu aku ni. En. Bapak kat umah tu bukan boleh tengok aku goyang kaki tak buat apa. Beliau tuh bukan boleh tengok anak-anak dia malas. Nanti segala estet-estet, ladang-ladang, harta dalam dan luar negara suma dia bagi kat orang lain. HAHA.


*bekerja cari harta kat mak bapak, bukan kerja mengais harta mak bapak











Monday, September 20, 2010

:: home since 1998 ::

hehe...No.5767 Kampung Haji Hussain

Sebenanya umah aku ni baru saja dicat. Maklumlah raya. So En. Bapak dan Mak Encik  aku cadang maw cat umah dan aku yang cadangkan kaler ungu + putih. Nice kan?HAHA. sendiri puji.

 

Pintu masuk utama

En. Bapak ngan kitorang anak beranak yang tambak kawasan depan tuh bagi tinggi. Dulu-dulu selalu banjir.
Bahagian Depan

Dulu kawasan ni parking keta, then En. Bapak renovate umah so jadilah seolah-olah ruang tamu yang baru. Padahal dalam tuh tempat parking moto aku. HAHA.
Pintu Utama

Lawa dak umah yang baru dicat ni?ngee...diilhamkan oleh En. Fizal

Perkarangan Rumah

Nampak tak ada buaian kat situ? haa. yang tu En. Bapak & Sons la yang buat tuh. Petang-petang kami anak beranak dok lenjan buaian tuh. Kekadang ada gak bebudak ingat sini play ground then datang main selalu. Selalu gak aku halau. muaHAHA..

Daun pokok betik yang basah.ngee

* nak kena explain gak ka?


Kebun Ulam En. Bapak

En. Bapak & Sons memang sangat gemar akan ulam-ulaman ni.  Makan nasik tak da ulam seumpama pakai baju tak pakai seluar. HAHA. Oleh yang demikian En. Bapak usahakan satu kebun ulam. Macam-macam ada. Jiran-jiran pun kekadang datang petik. Yang petik tak bagitaw pun ada. Nak raya baru bagitaw dulu-dulu ada terpetik ulam Raja. HAHA

Pepokok bunga En. Bapak & Mak Encik

En. Bapak & Mak Encik ni suka kat pokok-pokok bunga. Penuh satu umah ngan pokok-pokok bunga dorang. Kekadang umah da tadak tempat nal letak pokok umah jiran pun dorang pi tanam. Umah jiran pun cantik gak sebab kerajinan dua pasangan romantis ni buat kerja. Dorang ni petang-petang kuar la kawad satu umah cek pokok bunga dorang.




Lagi pokok bunga


Jalan tepi rumah

Kemeriahan pepokok bunga tepi-tepi jalan ni pun atas usaha En. Bapak & Mak Encik.



Pokok Jambu Bertih

Petang-petang sapa tingin nak cicah buah ni ngan kuah rojak boleh la mai rumah. yang bestnya pokok buah ni tak henti-henti berbuah. Sampai tak larat nak makan. Tapi sedap buah dia.


Tengok berapa punya lebat buah dia


Mak Encik Tersayang (Mama)

Mak Encik korang ni tersenyum simpul ja coz baru lepas mencicah jambu ngan kuah rojak. HAHA. best beb petang-petang cicah buah. Dulu ada pokok pelam lagi best. Skang pokok pelam suma da kena pancung coz terlalu tinggi dan En. Bapak takot timpa umah bila da reput nanti.


Merah

Alang-alang menatang ni da ada sekali Snap je la photo dia coz bukan senang dia nak dok diam-diam. HAHA. k tuk pengetahuan y'all ni la kucing kesayangan aku  yang berumur 2 tahun. Kalau bela anak pun da boleh belari da.


* All credits to my NOKI X6 coz suma photo di snap oleh beliaw.ngee


Sunday, September 19, 2010

:: the best beriyani ever ::

Nasi Beriyani Kambing Restoran Kapitan

Foto yang menaikkan selera aku walaupun aku da bedal nasi ni siang tadi. Hurmm...Balik ja dari kerja terus dengan rasa yakinnya aku melangkah ke restoran Kapitan dengan niat nak makan nasik kandaq. Akan tetapi meja sebelah memperlihatkan nasi beriyani yang sangat menawan warna kuning dan dagingnya yang berminyak. Lalu aku pun tukar plan dan akupun order lah satu set beriyani kambing dengan barli ais.






15 kemudian........







ngee


HAHA..maka inilah yang terjadi. Gelojoh betoi siap da colek gigi lagi. Alhamdulillah. Makan tengah ari yang bernilai 
RM 9.20 = briyani kambing RM8 + RM 1.2 barli ais = berbaloi-baloi.

*sikit ari lagi aku la pulak jadi hos Rancangan Jalan-jalan Cari Makan 












Saturday, September 18, 2010

:: freedom ::

bebas

Tepat jam 13.00 waktu tempatan dan buat kali terakhir aku punch card kat Hotel Equatorial, maka berakhirlah penantian selama 4 bulan yang penuh pahit manis masam kelat kat otel berkenaan. Memang rasa sronok sangat dan aku sangat menghargai segala jasa dan tunjuk ajar para sahabat yang bekerja dalam hotel tu. Thumbs up. 

*It's time tu gain money bebeh..haha...
maw kerja part time. ngeee...

Thursday, September 16, 2010

:: once upon a time in Kampachi ::


The Kampachi Japanese Restaurant

Assalamualaikum dan salam sejahtera..aiceh macam pembaca berita lak. By the way da lama aku tak post entry baru coz sibuk beraya dan sibuk menghabiskan sesi latihan industri kat hotel eQuatorial. So entry kali ni adala pasal restoran makanan jepun yang ada kat hotel aku buat praktikal ni. Restoran ni adalah salah satu daripada lima restoran yang terdapat kat Hotel Equatorial Penang dan ianya juga pernah dianugerahkan sebagai Restoran Terbaik Malaysia. Jadi sebelum y'all berebut-rebut nak p makan kat restoran ni meyh aku bawak korang jalan-jalan dalam restoran ni sambil explain kat korang pasal restoran ni.


Dining Area


'Kampachi' ni adalah perkataan dalam bahasa Jepun yang bermaksud sejenis ikan. Ikan apa ntah., lupa da..haha..aku kongsi apa yang taw saja k. Restoran ni da beroperasi selama 20 tahun. Bermakna sama umur dengan hotel ni yang dibuka pada 1989 dan juga sama umur ngan aku yang lahir pada tahun tersebut. ngeee. Restoran ni memang mengikut tradisi Jepun yang original. Dari segi menyambut tetamu, cara diorang 'serve' pelanggan, jenis makanan dan pelbagai lagi memang diorang ni ikut cara tradisional orang Jepun. Jadi tak hairanlah kalau restoran ni ramai pelanggan warga Jepun yang datang makan sebab diorang rasa macam makan kat negara diorang dan juga mengikut selera diorang.



V.I.P. Room


Bilik berkenaan adalah bilik khas yang disediakan untuk V.I.P. yang datang makan kat restoran ni.  Contoh-contoh V.I.P. yang akan duduk dalam bilik ni ialah Dato', Menteri, Sultan, Agong, dan sapa-sapa lagi yang penting dalam negara ni. Bilik ni memberikan 'privacy' kepada pelanggan, so sebab tu la orang-orang besar ni suka dok dalam bilik ni. Pelanggan biasa pun boleh nak dok dalam bilik ni tapi kena tengok pada keadaan lah, kalau tak dak V.I.P. yang nak datang ari tu bolehlah pelanngan biasa dok. Pelanggan biasa pun kadang-kadang nak gak 'privacy'.


Smoking Area

Kampachi juga menyediakan kawasan bagi pelanggan yang merokok. So bila dorang wat camni tak da la perokok dan juga bukan perokok duduk makan dalam kawasan yang sama dan boleh menggangu  pelanggan yang lain. Kita pun sedia maklum yang para perokok ni paling suka merokok sewaktu lepas makan. Jadi kat kawasan ni diorang boleh merokok dengan selesa.

Sushi Counter

Yang ni pulak sushi counter. Bagi sapa-sapa yang nak makan sushi  yang fresh dibuat depan korang, haa kat sini la tempat yang sesuai. Kat sini Chef atau Cook yang bertugas akan buat sushi depan-depan pelanggan kat sini. Jadi sambil kita makan kita boleh la tengok Chef buat sushi depan kita dan dihidang terus dari situ. Kita order apa jenis sushi yang kita nak, then Chef akan buat ikut permintaan kita, tapi di pun buat apa yang ada kat situ la. Jangan dok order 'car kuey teow' lak kat dia.ngee.

Teppanyaki Station


'Teppan' bermaksud dapur kat situ yang besi macam tempat masak burger tu, dan 'yaki' bermaksud grill. Kat sini pelanggan boleh duduk makan kat situ dan Chef atau Cook akan masak depan-depan diorang dan terus hidang panas-panas kat atas pinggan. Sambil kita makan kita boleh la berhibur tengok Chef masak kat depan kita. Bukan calang-calang Chef yang ditugaskan untuk masak kat sini. Hanya diorang yang terpilih saja boleh masak kat situ dan diorang yang terpilih tu sangatlah berbakat dan boleh buat pelanggan terhibur. Pada sapa yang ada resdung tak payah la dok sini coz nanti pedih idong bila Chef tumis makanan.



Tatami Room

Tatami room ni bagi aku tempat yang paling buat kita rasa suasana macam kat Jepun. Bilik ni macam bilik Nobita. haha b'coz dia punya rekaan dan pintu bilik ni pun macam pintu bilik Nobita. Ok. bilik ni disediakan untuk pelanggan yang nak makan duduk bersila atau ikut cara orang Jepun duduk. So nak masuk kena bukak kasut dulu la dan pakai selipar yang disediakan.  Bilik ni terhad kepada dua bilik saja, jadi kena buat booking dulu sebelum datang. Pelayan yang nak kena 'serve' pun kena duduk sama-sama dengan pelanggan. Itu cara orang Jepun tradisional. Bagi aku ini adalah sesuatu yang baru untuk aku tahu dan agak teruja dapat masuk bilik Nobita && bilik ni jugak nampaknya selesa untuk tidur sewaktu bekerja dan sangat selamat daripada kantoi ..ngee.. 



Sake & Sochu

'Sake' dan 'sochu' ni adalah arak Jepun yang diperbuat daripada bijirin dan buah-buahan. Restoran ni memang menyediakan pelbagai jenis 'sake' dan 'sochu' untuk pelanggan diorang. Beza 'sake' dengan arak biasa ialah sake boleh dihidang panas dan sejuk. Yang y'all tengok botol banyak-banyak dalam almari tu adalah 'sake' pelanggan yang pernah datang sini. Diorang order then diorang minum tak abes so 'sake' diorang akan disimpan dalam almari ni dengan nama dorang tertera kat botol tersebut. Mana la taw bila-bila dorang datang balik, so diorang boleh minum balik sake diorang ni. 

*Jadi cukuplah sekadar kita dapat pengetahuan pasal benda ni dan jangan kita dok p cuba pulak. Dosa besar beb. 



assorted food 

Antara makanan yang disediakan kat restoran ni. Nampak cambest kan. Tapi bukan suma boleh makan. Ada yang tarok 'sake'. So, photo ni hanya untuk tatapan y'all saja. Kalau tingin gak nak makan masak sendiri bagi nampak macam makanan tu.ngee..



kimono

Haa..yang dua orang kat atas tuh waitress yang berkerja kat restoran ni. Pakaian yang diorang pakai tuh nama dia 'kimono'. Nampak macam merimaskan. haha..'rimas mata melihat rimas lagi si pemakai'. Tapi nak wat cana, demi mengikuti tradisi Jepun dan inilah salah satu simbol yang membuatkan restoran ni jadi menarik. 



my last day at Kampachi

Tadi kita da tengok waitress punya dress kan, haa yang ni waiter punya dress plak. Amacam? Cam samurai dak. Haha. Baju yang sangat simple berbanding waitress. Botol yang dipegang oleh jejaka dalam photo tersebut adalah 'sake'. Dia posing ja tu. Botol kosong. 

* Kampachi adalah salah satu outlet yang aku paling seronok bekerja coz tak da tekanan dan suma orang sangat friendly. So 3 minggu training dekat Kampachi memang sangat berbaloi. Thumbs up.








Tuesday, September 7, 2010

:: asma ::

Sebagai manusia biasa kita sentiasa mengharapkan segala yang terbaik untuk diri kita. Kita mahukan hidup yang sempurna dan kesihatan yang baik. Tapi bagi aku segala yang Allah S.W.T. bagi kat aku da cukup memadai untuk aku sentiasa tersenyum dan ceria. 

Apa yang aku nak kongsi kat sini adalah penyakit yang aku hidapi sejak aku lahir kat dunia ni. Aku salah seorang penghidap Asma. Bagi aku penyakit ni bukan derita tapi dugaan yang Allah S.W.T. berikan pada aku. Kadang-kadang aku rasa seksa gak hidup dengan penyakit ni sebab banyak kesukaran dan halangan yang memberi kesan pada hidup aku. Tapi semua tu da jadi perkara biasa dan aku da biasa dengan semua ni. Apa yang penting aku boleh jalani hidup macam manusia biasa. 
______________________________________________________________________________



Penyakit Asma
Penyakit Asma atau lelah merupakan penyakit immunologi yang menyebabkan kesukaran bernafas. Ini adalah kerana ketika pesakit diserang asma, keradangan dan spasma pada selaput dinding laluan udara menyebabkan bronkiol di dalam paru-paru menjadi sempit. Pesakit asma mungkin mengalami pernafasan bersiul (wheezing), sesak nafas, dan sukar untuk bersenam.
Ketika otot mengejang, saluran udara mengecil dan menghalang pernafasan. Apabila ini terjadi,paru-paru akan berkurangan udara. Akibatnya, pesakit boleh pengsan.

Pencetus biasa serangan asma termasuk:
§  alahan dihidu seperti kutu habuk (house dust mite), debunga, spora kulapuk (mould spores), epithelials binatang peliharaan
§  udara sejuk
§  senaman
§  jangkitan sistem pernafasan
§  tekanan emosi
§  aspirin dan ubat seumpamanya
______________________________________________________________________________

Bila baca ni kita dapat rasa kan betapa sukarnya hidup para penghidap penyakit ni? Tapi sebenarnya tak lah seteruk yang disangka. Semua bergantung kepada pengidap tuh macam mana dia nak mencegah penyakit tuh. Aku boleh bersukan, boleh makan ice-cream atau minum minuman sejuk macam orang lain. Aku makan makanan yang jadi pantang larang penghidap Asma contonhya tembikai dan anggur. Semua aku bedal. haha.. Yang paling penting sekali aku tak bergantung pada ubat(Inhaler). Sebab makin aku bergantung kat ubat tuh makin aku tak boleh jaug dari penyakit ni. Paling penting sekali bersukan. Makin aku kerap bersukan atau bersenam, aku rasa semakin sihat dan Asma semakin jarang menyerang.

Alhamdulillah aku da cipta rekod sendiri da enam bulan aku tak tukar ubat(Inhaler) kat hospital. Sebelum ni sebulan sekali beb. Aku harap di masa akan datang penyakit ni terus sembuh. InsyaAllah.





Monday, September 6, 2010

:: you'll never walk alone ::


Aku da jadi hard fan Liverpool FC sejak lima tahun yang lalu. Walaupun sejak akhir-akhir ni prestasi Liverpool agak buruk dan mengecewakan berbanding musuh-musuh ketat Liverpool iaitu Chelsea, Manchester United dan Arsenal tapi aku tetap akan sokong 'The Reds'
Sebabnya? Mai nak cerita.


Dulu-dulu ni aku ni minat gak kat bola sepak ni. Aku pun men bola wakil sekolah tapi tak la sejauh mana kemajuan aku ke arah bola sepak. Setakat boleh main ja.ngee. Nak dijadikan cerita kat sini aku dulu lebih kurang free supporter la kat EPL footbal club ni. Sokong Footbal Club ikut angin. Bila Arsenal naik time zaman Thierry Henry dulu aku sokong Arsenal. Pastu Chelsea pulak naik bila Jose Mourinho bawak perubahan besar kat kelab tuh dan aku pun minat la Chelsea. Minat camtu-camtu je la. Bukan hard fan pon sampai nak bertikam lidah ngan kawan-kawan pasal bola.hehe. Tapi kira kelab Liverpool ni memang aku tak pandang langsung dan aku kenal Steven Gerard sorang ja dalam kelab tuh.

Nak dijadikan cerita lagi sekali di suatu masa pada tahun 2005 di mana aku baru Tingkatan 4, tiba-tiba aku terdengar pasal pasal Liverpool ni tengah naik. Satu persatu kelab-kelab besar Eropah ditewaskannya dalam satu liga bola sepak paling tersohor di dunia iaitu Liga Juara-juara Eropah ataupun Uefa Champions League. Liga ni menampilkan kelab-kelab yang terhebat di Eropah untuk berentap menjadi yang terbaik antara semua juara. Sebab tuh nama dia Liga Juara-juara..haa. Liverpool pada masa ni aku dapat tahu yang kelab ni dah lepas saingan suku akhir dan separuh akhir(tewaskan Chelsea beb) untuk melangkah ke peringkat akhir Liga Juara-juara Eropah di Istanbul Turki.

Jadi aku ambil keputusan untuk menonton perlawanan akhir ni. Liverpool bertemu AC Milan dan aku menyokong Liverpool walaupun aku tahu AC Milan ada peratusan yang lebih tinggi untuk menang. Pada separuh masa pertama perlawanan memang aku kecewa habis sebab Liverpool ketinggalan 3-0 kepada AC Milan sambil dalam hati ni dok carut-carut. haha.

Berakhir sudah separuh masa pertama dan semua pemain berjalan masuk ke bilik persalinan dan 10 mini selepas itu semua pemain bersedia untuk bermain semula. Aku memang da yakin Liverpool kalah. Gila beb, ketinggalan 3-0 ingat senang ka nak kejar balik. AC Milan pulak tuh, penuh dengan pemain bintang. 

Tapi ini yang terjadi. Saksikanlahhhhhh(dengan irama dangdut yang sengau..ahahaha)




Perlawanan ni adalah antara sejarah terbesar Liverpool walaupun ini adalah kejuaraan yang ke-5 diaorang rangkul dalam pentas Liga Juara-juara ni tapi perlawanan ni antara yang paling dramatik sekali.Terharu aku tengok perlawanan ni dan sejak itulah Liverpool ni da terpahat kat hati aku.
Kepada anda yang kat luar sana, kita semua ada kebebasan untuk menyokong mana-mana footbal team yang kita suka dan inilah sebabnya aku menyokong Liverpool && Kedah FC also..ngee..



Thanks for reading.