BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Pages

Tuesday, September 7, 2010

:: asma ::

Sebagai manusia biasa kita sentiasa mengharapkan segala yang terbaik untuk diri kita. Kita mahukan hidup yang sempurna dan kesihatan yang baik. Tapi bagi aku segala yang Allah S.W.T. bagi kat aku da cukup memadai untuk aku sentiasa tersenyum dan ceria. 

Apa yang aku nak kongsi kat sini adalah penyakit yang aku hidapi sejak aku lahir kat dunia ni. Aku salah seorang penghidap Asma. Bagi aku penyakit ni bukan derita tapi dugaan yang Allah S.W.T. berikan pada aku. Kadang-kadang aku rasa seksa gak hidup dengan penyakit ni sebab banyak kesukaran dan halangan yang memberi kesan pada hidup aku. Tapi semua tu da jadi perkara biasa dan aku da biasa dengan semua ni. Apa yang penting aku boleh jalani hidup macam manusia biasa. 
______________________________________________________________________________



Penyakit Asma
Penyakit Asma atau lelah merupakan penyakit immunologi yang menyebabkan kesukaran bernafas. Ini adalah kerana ketika pesakit diserang asma, keradangan dan spasma pada selaput dinding laluan udara menyebabkan bronkiol di dalam paru-paru menjadi sempit. Pesakit asma mungkin mengalami pernafasan bersiul (wheezing), sesak nafas, dan sukar untuk bersenam.
Ketika otot mengejang, saluran udara mengecil dan menghalang pernafasan. Apabila ini terjadi,paru-paru akan berkurangan udara. Akibatnya, pesakit boleh pengsan.

Pencetus biasa serangan asma termasuk:
§  alahan dihidu seperti kutu habuk (house dust mite), debunga, spora kulapuk (mould spores), epithelials binatang peliharaan
§  udara sejuk
§  senaman
§  jangkitan sistem pernafasan
§  tekanan emosi
§  aspirin dan ubat seumpamanya
______________________________________________________________________________

Bila baca ni kita dapat rasa kan betapa sukarnya hidup para penghidap penyakit ni? Tapi sebenarnya tak lah seteruk yang disangka. Semua bergantung kepada pengidap tuh macam mana dia nak mencegah penyakit tuh. Aku boleh bersukan, boleh makan ice-cream atau minum minuman sejuk macam orang lain. Aku makan makanan yang jadi pantang larang penghidap Asma contonhya tembikai dan anggur. Semua aku bedal. haha.. Yang paling penting sekali aku tak bergantung pada ubat(Inhaler). Sebab makin aku bergantung kat ubat tuh makin aku tak boleh jaug dari penyakit ni. Paling penting sekali bersukan. Makin aku kerap bersukan atau bersenam, aku rasa semakin sihat dan Asma semakin jarang menyerang.

Alhamdulillah aku da cipta rekod sendiri da enam bulan aku tak tukar ubat(Inhaler) kat hospital. Sebelum ni sebulan sekali beb. Aku harap di masa akan datang penyakit ni terus sembuh. InsyaAllah.





1 Kumen:

YanaLovyna said...

hehe anda kuat..
sebab tu sy syg anda.. ngee~