The Kampachi Japanese Restaurant Assalamualaikum dan salam sejahtera..aiceh macam pembaca berita lak. By the way da lama aku tak post entry baru coz sibuk beraya dan sibuk menghabiskan sesi latihan industri kat hotel eQuatorial. So entry kali ni adala pasal restoran makanan jepun yang ada kat hotel aku buat praktikal ni. Restoran ni adalah salah satu daripada lima restoran yang terdapat kat Hotel Equatorial Penang dan ianya juga pernah dianugerahkan sebagai Restoran Terbaik Malaysia. Jadi sebelum y'all berebut-rebut nak p makan kat restoran ni meyh aku bawak korang jalan-jalan dalam restoran ni sambil explain kat korang pasal restoran ni. |
Dining Area 'Kampachi' ni adalah perkataan dalam bahasa Jepun yang bermaksud sejenis ikan. Ikan apa ntah., lupa da..haha..aku kongsi apa yang taw saja k. Restoran ni da beroperasi selama 20 tahun. Bermakna sama umur dengan hotel ni yang dibuka pada 1989 dan juga sama umur ngan aku yang lahir pada tahun tersebut. ngeee. Restoran ni memang mengikut tradisi Jepun yang original. Dari segi menyambut tetamu, cara diorang 'serve' pelanggan, jenis makanan dan pelbagai lagi memang diorang ni ikut cara tradisional orang Jepun. Jadi tak hairanlah kalau restoran ni ramai pelanggan warga Jepun yang datang makan sebab diorang rasa macam makan kat negara diorang dan juga mengikut selera diorang. |
V.I.P. Room Bilik berkenaan adalah bilik khas yang disediakan untuk V.I.P. yang datang makan kat restoran ni. Contoh-contoh V.I.P. yang akan duduk dalam bilik ni ialah Dato', Menteri, Sultan, Agong, dan sapa-sapa lagi yang penting dalam negara ni. Bilik ni memberikan 'privacy' kepada pelanggan, so sebab tu la orang-orang besar ni suka dok dalam bilik ni. Pelanggan biasa pun boleh nak dok dalam bilik ni tapi kena tengok pada keadaan lah, kalau tak dak V.I.P. yang nak datang ari tu bolehlah pelanngan biasa dok. Pelanggan biasa pun kadang-kadang nak gak 'privacy'. |
Tatami Room Tatami room ni bagi aku tempat yang paling buat kita rasa suasana macam kat Jepun. Bilik ni macam bilik Nobita. haha b'coz dia punya rekaan dan pintu bilik ni pun macam pintu bilik Nobita. Ok. bilik ni disediakan untuk pelanggan yang nak makan duduk bersila atau ikut cara orang Jepun duduk. So nak masuk kena bukak kasut dulu la dan pakai selipar yang disediakan. Bilik ni terhad kepada dua bilik saja, jadi kena buat booking dulu sebelum datang. Pelayan yang nak kena 'serve' pun kena duduk sama-sama dengan pelanggan. Itu cara orang Jepun tradisional. Bagi aku ini adalah sesuatu yang baru untuk aku tahu dan agak teruja dapat masuk bilik Nobita && bilik ni jugak nampaknya selesa untuk tidur sewaktu bekerja dan sangat selamat daripada kantoi ..ngee.. Sake & Sochu 'Sake' dan 'sochu' ni adalah arak Jepun yang diperbuat daripada bijirin dan buah-buahan. Restoran ni memang menyediakan pelbagai jenis 'sake' dan 'sochu' untuk pelanggan diorang. Beza 'sake' dengan arak biasa ialah sake boleh dihidang panas dan sejuk. Yang y'all tengok botol banyak-banyak dalam almari tu adalah 'sake' pelanggan yang pernah datang sini. Diorang order then diorang minum tak abes so 'sake' diorang akan disimpan dalam almari ni dengan nama dorang tertera kat botol tersebut. Mana la taw bila-bila dorang datang balik, so diorang boleh minum balik sake diorang ni. *Jadi cukuplah sekadar kita dapat pengetahuan pasal benda ni dan jangan kita dok p cuba pulak. Dosa besar beb. assorted food |
Antara makanan yang disediakan kat restoran ni. Nampak cambest kan. Tapi bukan suma boleh makan. Ada yang tarok 'sake'. So, photo ni hanya untuk tatapan y'all saja. Kalau tingin gak nak makan masak sendiri bagi nampak macam makanan tu.ngee.. kimono Haa..yang dua orang kat atas tuh waitress yang berkerja kat restoran ni. Pakaian yang diorang pakai tuh nama dia 'kimono'. Nampak macam merimaskan. haha..'rimas mata melihat rimas lagi si pemakai'. Tapi nak wat cana, demi mengikuti tradisi Jepun dan inilah salah satu simbol yang membuatkan restoran ni jadi menarik. my last day at Kampachi Tadi kita da tengok waitress punya dress kan, haa yang ni waiter punya dress plak. Amacam? Cam samurai dak. Haha. Baju yang sangat simple berbanding waitress. Botol yang dipegang oleh jejaka dalam photo tersebut adalah 'sake'. Dia posing ja tu. Botol kosong. * Kampachi adalah salah satu outlet yang aku paling seronok bekerja coz tak da tekanan dan suma orang sangat friendly. So 3 minggu training dekat Kampachi memang sangat berbaloi. Thumbs up. |
3 Kumen:
amoi tu tak comeyl. huh
ensem waiter tu.. ngeee~
t belanja sy mam kat c2 oke.. haha
wahaha..banyak food non-halal la dear
kasi no amoi tu. haha.
Post a Comment