Aku da jadi hard fan Liverpool FC sejak lima tahun yang lalu. Walaupun sejak akhir-akhir ni prestasi Liverpool agak buruk dan mengecewakan berbanding musuh-musuh ketat Liverpool iaitu Chelsea, Manchester United dan Arsenal tapi aku tetap akan sokong 'The Reds'.
Sebabnya? Mai nak cerita.
Dulu-dulu ni aku ni minat gak kat bola sepak ni. Aku pun men bola wakil sekolah tapi tak la sejauh mana kemajuan aku ke arah bola sepak. Setakat boleh main ja.ngee. Nak dijadikan cerita kat sini aku dulu lebih kurang free supporter la kat EPL footbal club ni. Sokong Footbal Club ikut angin. Bila Arsenal naik time zaman Thierry Henry dulu aku sokong Arsenal. Pastu Chelsea pulak naik bila Jose Mourinho bawak perubahan besar kat kelab tuh dan aku pun minat la Chelsea. Minat camtu-camtu je la. Bukan hard fan pon sampai nak bertikam lidah ngan kawan-kawan pasal bola.hehe. Tapi kira kelab Liverpool ni memang aku tak pandang langsung dan aku kenal Steven Gerard sorang ja dalam kelab tuh.
Nak dijadikan cerita lagi sekali di suatu masa pada tahun 2005 di mana aku baru Tingkatan 4, tiba-tiba aku terdengar pasal pasal Liverpool ni tengah naik. Satu persatu kelab-kelab besar Eropah ditewaskannya dalam satu liga bola sepak paling tersohor di dunia iaitu Liga Juara-juara Eropah ataupun Uefa Champions League. Liga ni menampilkan kelab-kelab yang terhebat di Eropah untuk berentap menjadi yang terbaik antara semua juara. Sebab tuh nama dia Liga Juara-juara..haa. Liverpool pada masa ni aku dapat tahu yang kelab ni dah lepas saingan suku akhir dan separuh akhir(tewaskan Chelsea beb) untuk melangkah ke peringkat akhir Liga Juara-juara Eropah di Istanbul Turki.
Jadi aku ambil keputusan untuk menonton perlawanan akhir ni. Liverpool bertemu AC Milan dan aku menyokong Liverpool walaupun aku tahu AC Milan ada peratusan yang lebih tinggi untuk menang. Pada separuh masa pertama perlawanan memang aku kecewa habis sebab Liverpool ketinggalan 3-0 kepada AC Milan sambil dalam hati ni dok carut-carut. haha.
Berakhir sudah separuh masa pertama dan semua pemain berjalan masuk ke bilik persalinan dan 10 mini selepas itu semua pemain bersedia untuk bermain semula. Aku memang da yakin Liverpool kalah. Gila beb, ketinggalan 3-0 ingat senang ka nak kejar balik. AC Milan pulak tuh, penuh dengan pemain bintang.
Tapi ini yang terjadi. Saksikanlahhhhhh(dengan irama dangdut yang sengau..ahahaha)
Perlawanan ni adalah antara sejarah terbesar Liverpool walaupun ini adalah kejuaraan yang ke-5 diaorang rangkul dalam pentas Liga Juara-juara ni tapi perlawanan ni antara yang paling dramatik sekali.Terharu aku tengok perlawanan ni dan sejak itulah Liverpool ni da terpahat kat hati aku.
Kepada anda yang kat luar sana, kita semua ada kebebasan untuk menyokong mana-mana footbal team yang kita suka dan inilah sebabnya aku menyokong Liverpool && Kedah FC also..ngee..
Thanks for reading.
3 Kumen:
hehee syuke liv sebab torres..
auwww.. hahaaa =p
caitt..
ak sokong ..
Post a Comment