Tuesday, August 31, 2010
:: merdeka ::
Saturday, August 28, 2010
:: sederhana ::
Kenapa sederhana? Tengok tajuk blog aku ni pun da medium. Oleh yang berkenaan, aku nak huraikan sedikit sebanyak berkenaan kehidupan aku yang kebanyakannya serba sederhana. Aku memiliki keluarga yang sederhana, rumah, motor, kereta, size aku sendiri (M), perangai aku (jahat vs. baik) pencapaian dalam akedemik bagi setiap UPSR, PMR, SPM, dan CGPA UiTM. Semuanya sederhana (result tak leh bagitaw la nanti masuk Melodi lagi). Tapi keinginan aku sebenarnya untuk semua yang dihuraikan tu melebihi apa yang aku dapat. Tapi dapat sederhana jugak. Tak pe lah, walau camna pun aku syukur kerana tiada kekurangan.
Yang paling besar dalam hidup aku yang mengcompletekan kesederhanaan hidup aku ni adalah kerana si dia yang sederhana. Bukanlah si dia tu tak sempurna, tapi sifat sederhananya itu yang buatkan aku cintun kat dia dan kerana kesederhanaan dia jugaklah hubungan kitorang ni tahan sampai sekarang. Bak lirik lagu nasyid "kesederhanaanmu, itu yang merantai jiwaku"(tajuk lirik lagu ni apa ntah.ngee). Akhir kata sederhana ni sebenarnya bagus coz aku rasa kehidupan aku ni seimbang.
Friday, August 27, 2010
:: blog ::
Blog? Best ke jadi bloggers ni? Suma jawapan soalan berkenaan bakal terjawab tidak lama lagi. Sebenarnya tak pernah terlintas pun di minda cerdas saya ni untuk create blog dan saya ni jugak bukan jenis yang suka melayan social network ni kecuali Facebook. Facebook ni saya jadikan medan untuk sentiasa berhubung dengan kawan-kawan dan juga kekasih-kekasih(ngeee). Akan tetapi setelah di fikirkan dan dipertimbangkan, alangkah ruginya saya membayar bil bulanan broadband RM68 sebulan hanya untuk berfesbuk dan baca berita. Jadi saya amek keputusan untuk create blog dan kongsi sedikit sebanyak tentang kehidupan dan pandangan saya kepada orang ramai. Itu pun kalau ramai la. Ada gak perkara lain yang buat saya create blog ni. Ianya disebabkan oleh si dia. Si dia ni pun seorang bloggers yang agak fresh dan agak active jugak. Siapakah si dia? Jeng jeng jengg. Tak boleh didedahkan coz nanti takut masuk Melodi(ngeee). Akhir kata saya nak ucapkan tahniah kepada sesiapa yang bakal jadi follower saya nanti.
Di ilhamkan oleh En. Fizal at 8:33 PM 3 Kumen
Labels: ONCE UPON A TIME...