BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Pages

Tuesday, August 31, 2010

:: merdeka ::

Hari bersejarah bagi rakyat Malaysia. 31 Ogos 1957 adalah tarikh yang paling diingati semua bangsa kat negara ni. Sebab apa?? sebab kat sekolah dulu kecik-kecik cikgu tekankan pasal hari merdeka ni. Thumbs up untuk cikgu-cikgu yang berjaya memahat tarikh ni dalam ingatan semua rakyat Malaysia.



Yang paling kiri dok angkat tangan tuh sapa? haa kalau tak taw kena pi sekolah balik belajar Sejarah bagi pandai-pandai pastu datang sini balik jawab.


Zaman la ni kebanyakan orang memang masih ingat dan tertunggu-tunggu akan Hari Kemerdekaan. Tapi yang depa semua dok tunggu tu bukannya nak menghayati hari bersejarah berkenaan, yang depa dok tunggu ialah untuk dapat cuti umum pada 31 Ogos  dan terhenjut-henjut nak kuar countdown malam merdeka. Malam yang sepatutnya  kita meraikan merdeka dah pun bertukar jadi malam yang penuh dengan dosa dan maksiat. Tak perlulah aku hurai kat sini apakah jenis-jenis maksiat yang dilakukan pada malam berkenaan sebab kita sendiri da sedia maklum apa yang selalunya berlaku. Heee..jadi ustaz la pulak. 


Ada lagi perkara lain pasal merdeka yang aku nak kongsi kat sini. Tahun ni aku ada dua tarikh merdeka. Pertama Hari Kebangsaan kita la. Yang kedua 19/9. Cantik nombor tersebut. Sebab apa? Sebab pada tarikh tersebut berakhirlah sesi Latihan Industri aku kat Hotel Equatorial selama 4 bulan. Memang banyak dugaan dan cabaran sehinggakan aku dok countdown bila nak abes training. Jadi tarikh tersebut aku pulak pegi Padang Kota Lama tembak bunga api untuk celebrate. Haha. dan aku juga percaya semua kaum hotelierz yang lain(membe2 yg turut sama berjuang wat L.I.) juga akan meraikan hari tersebut. Walau apa pun bukanlah seteruk yang disangka bagi menempuh L.I. ni. Banyak yang aku belajar dan banyak yang tak penah aku makan aku makan kat hotel tu. ngee..


Akhir sekali, aku da tanak merapu panjang pasal merdeka nanti kena cekup. La ni dok buat statement silap sikit kat blog buleh kena cekup taw. Jadi berjaga-jaga dengan apa yang anda nyatakan. Selamat Hari Kebangsaan. Merdeka!




0 Kumen: