BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Pages

Saturday, August 28, 2010

:: sederhana ::

Kenapa sederhana? Tengok tajuk blog aku ni pun da medium. Oleh yang berkenaan, aku nak huraikan sedikit sebanyak berkenaan kehidupan aku yang kebanyakannya serba sederhana. Aku memiliki keluarga yang sederhana, rumah, motor, kereta, size aku sendiri (M), perangai aku (jahat vs. baik) pencapaian dalam akedemik bagi setiap UPSR, PMR, SPM, dan CGPA UiTM. Semuanya sederhana (result tak leh bagitaw la nanti masuk Melodi lagi). Tapi keinginan aku sebenarnya untuk semua yang dihuraikan tu melebihi apa yang aku dapat. Tapi dapat sederhana jugak. Tak pe lah, walau camna pun aku syukur kerana tiada kekurangan.

Yang paling besar dalam hidup aku yang mengcompletekan kesederhanaan hidup aku ni adalah kerana si dia yang sederhana. Bukanlah si dia tu tak sempurna, tapi sifat sederhananya itu yang buatkan aku cintun kat dia dan kerana kesederhanaan dia jugaklah hubungan kitorang ni tahan sampai sekarang. Bak lirik lagu nasyid "kesederhanaanmu, itu yang merantai jiwaku"(tajuk lirik lagu ni apa ntah.ngee). Akhir kata sederhana ni sebenarnya bagus coz aku rasa kehidupan aku ni seimbang.

0 Kumen: